Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Selera Pantai Timur di Negeri Bawah Bayu

By 23 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah

KOTA KINABALU, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Meskipun dipisahkan oleh Laut Cina Selatan, penggemar masakan pantai timur tetap dapat merasainya di Negeri di Bawah Bayu.

Pernah berkhidmat sebagai Laskar Kanan Bahagian Bendari dalam Tentera Laut Diraja Malaysia, Mohd Mawardi Ismail, 41, meneruskan minat dalam masakan dengan membuka ‘Warung Pokdi Kelate’ di Sulaman Sentral.

“Saya bermula pada tahun 2011 dengan mengambil cuti selama 30 hari untuk berniaga di Bazar Ramadan dan waktu itulah ramai yang bertanya mengenai lokasi kedai. Masa tu, saya hanya mampu tersenyum.

“Pada tahun 2014 pula, saya mengambil keputusan untuk berhenti dari perkhidmatan dan mencari peluang untuk membuka perniagaan sendiri dengan bantuan isteri saya serta dorongan dari ahli keluarga yang jauh di Kelantan,” kongsinya.

Setelah mengharungi jatuh bangun dalam perniagaan selama lebih kurang enam tahun, kini beliau mempunyai 18 orang pekerja dan membuka operasi dari jam 9:00 pagi sehingga 6:30 petang.

Menurutnya, antara menu yang menjadi pilihan adalah nasi kak wok, nasi kerabu dan nasi ayam berempah selain teh tarik madu dan teh hijau tarik madu sebagai minuman pilihan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda