
Laporan/foto: Yusoffirman/Ainil Hayati
TEMERLOH, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Sukan rakyat yang mengembalikan nostalgia dengan permainan zaman dahulu seperti bola beracun dan boling kelapa mampu mengeratkan ukhwah antara penduduk.
Ahli Parlimen Kuala Krau Dato’ Sri Ismail Mohammed Said berkata beliau amat gembira kerana berpeluang bersama penduduk setempat menyertai sukan rakyat ini mengingatkan kepada semua agar sentiasa menjaga hubungan sesama insan dan jadikan aktiviti ini sebagai acara tradisi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di sini baru-baru ini selepas merasmikan Sukan Rakyat Keluarga Malaysia anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Kuala Krau, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Desa Murni dan beberapa agensi kerajaan lain.
Seramai 500 penduduk kampung hadir memeriahkan suasana dan rata-rata penduduk mengimbau kembali nostalgia aktiviti yang biasa dimainkan suatu masa dahulu.
-ZS-