
Laporan/foto: Wennie Mathew (Sarawak)
KAPIT, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Sungai Pinih yang terletak 26 kilometer dari Pekan Kapit antara tempat riadah wajib dilawati jika datang ke Kapit.
Keindahan alam semulajadi dan air yang jernih menjadi salah satu tarikan penduduk tempatan dan luar kapit berkunjung ke tempat ini.
‘Sungai ini juga dikenali sebagai Sungai Pureh, walau bagaimanapun nama asalnya sememangnya Sungai Pinih,”kata William Ubu, 65, yang merupakan pemilik tapak rekreasi di pinggir Sungai Pinih ketika ditemui di sini baru-baru ini.
“Sungai Pinih tidak pernah sunyi dengan kehadiran orang ramai berkelah tidak mengira waktu.
Saya berharap semua pengunjung terus menjaga kebersihan sungai supaya tidak tercemar,” ujar William lagi.
-ZS-