Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

ZOORAMA 2022 Rai Sambutan Ulang Tahun Hari Perbandaran ke-43

By 5 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Majlis Perbandaran Taiping

TAIPING, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Ulang Tahun Hari Perbandaran ke-43 Majlis Perbandaran Taiping (MPT) diserikan lagi dengan perasmian ZOORAMA 2022.

Menurut Yang Di-Pertua MPT, Khairul Amir Mohd Zubir, penganjuran acara ini adalah untuk meningkatkan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara ke Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).

“Sehingga Ogos, ZTNS menerima 558,949 pelawat berbanding tahun 2021 sebanyak 464,391 orang dan 2020 seramai 361,696 orang disebabkan penularan pandemik COVID-19.

“Kita menjangkakan pelawat akan kembali meningkat menjelang penghujung tahun 2022,” katanya ketika berucap di Pavilion Zoo Taiping, pada Sabtu.

Antara aktiviti ZOORAMA yang diadakan termasuklah gerai jualan dan pemeran produk pelancongan, Wildlife Conservation Talk, Zoo Explorace dan Zoo Master Chef Junior.

-ZS-

Tinggalkan komen anda