Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Cambah Minda Jadi Platform Didik Masyarakat

By 20 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Kinta)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 500 pelajar mengikuti Forum Cambah Minda Khas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perak di Sekolah Izzuddin Shah, di sini semalam.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kinta Nurul Azirah Mohd Yunus, program ini menjadi platform yang membantu mendidik masyarakat khususnya belia tentang kesedaran jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

“Apatah lagi jenayah ini merupakan jenayah kedua tertinggi di dunia setakat ini,” tambahnya selaku panel jemputan.

Sementara itu Pengarah JaPen Perak Mohd Rizal Hashim turut menyatakan JaPen selaku Jawatankuasa Promosi dan Publisiti memainkan peranan penting dalam usaha menangani jenayah ini menerusi pendidikan dan pendedahan menyeluruh kepada masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda