
Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)
TANGKAK, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Warga Emas dan OKU daerah Tangkak yang bertemakan ‘Daya Tahan dan Sumbangan Warga Emas Wanita’ berjaya menjalinkan kerjasama antara komuniti.
“Program antara generasi sebegini merupakan program yang baik kerana ia dapat menjalinkan kerjasama antara satu sama lain serta menggabungkan warga emas bersama kanak-kanak, remaja, orang kelainan upaya (OKU) dan juga komuniti setempat sejajar dengan Dasar Warga Emas Negara,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Puan Hajah Khairin Nisa Ismail.
Beliau yang merasmikan program tersebut di Bangunan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di sini semalam turut berharap ibu bapa dan semua lapisan masyarakat dapat bersama-sama membantu golongan istimewa ini agar mereka tidak dipinggirkan.
Empat buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) daerah Tangkak iaitu PDK Tangkak, PDK Gambir, PDK Serom dan PDK Jauhar di Parit Bunga terlibat dalam program itu.
-ZS-