
Laporan/Foto : Noorshazana Shaadan (Port Dickson)
PORT DICKSON, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz berkenan berangkat ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) Tahun 2022 di Pantai Batu 1, Port Dickson di sini, semalam.
Turut mengiringi Tunku Ali Redhauddin ialah Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Arifin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.
Tunku Ali Redhauddin turut menyerahkan 10 buah komputer riba sumbangan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) kepada 10 pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 Negeri Sembilan.
Sumbangan komputer riba ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) MIDF setiap kali berlangsungnya MSAM di mana-mana negeri.
-ZS-