
Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini
KENINGAU, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Kemahiran melukis menjadi sumber pendapatan bagi Kaizul Jaulah, 34, dengan menjual hasil seninya di Tapak Pasar Malam Keningau.
Beliau yang berasal dari Kampung Baginda di sini berkata perniagaannya yang bermula sejak tahun lalu hanya bermodalkan kertas lukisan, peralatan melukis seperti pensel, pensel warna, cat air serta pemadam.
“Bayaran dikenakan mengikut saiz kertas lukisan dan bermula serendah RM30 hingga RM60 bergantung kepada kehendak pelanggan.
“Masa untuk melukis dan menyiapkan sesuatu lukisan bergantung kepada gambar yang diberikan oleh pelanggan,” katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.
“Saya meminati bidang seni lukis ini sejak kecil dan mengasah kemahiran melukis menerusi Youtube untuk meningkatkan lagi mutu lukisan.
“Semoga bakat dan kemahiran seni lukisan saya dapat berkembang lebih meluas lagi pada masa akan datang,” katanya.
-ZS-