
Laporan/foto: M Zakry Chan/FB Rahmad Mariman
AYER MOLEK, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Terpengaruh mengejar keuntungan berganda dengan mudah akhirnya ketagih dalam aktiviti perjudian dalam talian hingga merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat.
Menurut Ahli Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ayer Molek, Rahmad Mariman, Kerajaan Negeri amat serius memberi kesedaran kepada orang ramai dalam memerangi judi dalam talian.
“Masyarakat juga harus serius dengan tidak terpengaruh sama sekali dengan judi online dan bersama-sama berkempen membenteras habis-habisan judi online ini.
“Judi online ini akan merosakkan diri, keluarga, dan keharmonian masyarakat keseluruhkannya,” ujarnya dalam kenyataan di Facebook beliau, sebentar tadi.
-ZS-