
Laporan/foto: Wee Kim Been
PASIR MAS, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Emas menjadi pilihan untuk menjadi salah satu aset yang sentiasa bernilai tinggi terutama kepada penggemar sinonimnya kaum hawa.
Memiliki serta menyimpan emas merupakan satu langkah bijak bagi pulangan pada masa hadapan.
Menurut Linda Jamal, 49, beliau lebih meminati emas 916, untuk dijadikan simpan dan perhiasan diri, memandangkan emas ini lebih sesuai untuk digayakan dalam pelbagai koleksi dirinya.
“Biasanya harga emas naik dan turun tetapi dalam jangka masa panjang trend emas sentiasa menaik. Ini seiring dengan kejatuhan nilai wang kertas yang saban tahun dimakan inflasi,” ujarnya.
“Menurut Bank Negara nilai kenaikan untuk jangka masa panjang emas sentiasa berada pada paras yang baik dan cukup selesa sebagai contoh pada tahun 2000,” tambahnya lagi.
“Contohnya harga untuk 1 gram emas 99.99, ketika itu berada pada paras RM35 dan kini pada tahun 2023 harganya telah mencecah kepada paras RM280 per gram.
“Bayangkan sekiranya, kita mempunyai 1kilogram emas 99.99 hari ini, bersamaan dengan nilaian sebiji rumah Semi D, berharga dalam lingkungan RM279,774.00” jelasnya.
Bagi Abdul Malik, 51, pula beliau lebih meminati emas 99.99 Gold Bar, yang boleh dilaburkan menjadi simpanan secara ansuran dibeberapa tempat pelaburan emas berlesen seperti di Public Gold dan bank-bank bertauliah.
“Ibarat pepatah menyatakan ada duit belum tentu ada emas, tetapi ada emas pasti ada duit,” ujarnya berkias.
-ZS-