Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Ali Nasi Kandar Menyediakan Lima Jenis Hidangan Menu Rahmah

By 2 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Kedai makan Ali Nasi Kandar, Simpang Empat turut menyertai tujuh buah premis makanan dan minuman lain di negeri Perlis untuk menyediakan hidangan Menu Rahmah.

Menurut pemilik Mohd Ali Bakar, 53, kedainya menyediakan lima pilihan menu makanan kepada pelanggan pada harga RM5.

“Sebanyak lima pilihan set Menu Rahmah ditawarkan iaitu nasi putih, ayam kicap, sayur dan sambal; nasi putih, daging hitam, sayur dan sambal; nasi putih, paru sambal, dalca dan sambal; nasi putih, gulai daging rebung, sayur dan sambal serta nasi ayam madu dan dalca.

“Pelanggan juga boleh membuat pilihan sama ada lauk gulai daging rebung atau ayam madu,” katanya.

“Setakat ini Menu Rahmah mendapat sambutan yang menggalakkan terutama daripada pelajar,” ujar beliau ketika ditemui di kedainya, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda