Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Beca di Kelantan Semakin Terpinggir

By 22 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

KOTA BHARU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Beca roda tiga atau dipanggil teksi di negeri Kelantan suatu ketika dahulu merupakan pengangkutan utama dan sinonim dengan masyarakat di sini.

Namun, permintaan terhadap beca semakin merosot kerana kekurangan penumpang untuk menaikinya.

Seorang pengayuh beca Maryunan Ahmad, 60, dari Kampung Merbau, di sini berkata beliau sukar untuk mencari pelanggan kerana ramai yang lebih selesa menggunakan perkhidmatan awam lain seperti teksi atau kereta sewa.

“Nak cari duit belanja pun susah, lebih-lebih lagi pada musim harga barang yang semakin naik, ada yang guna pun hanya untuk angkut barang sahaja,” kata bapa kepada lapan orang anak ketika ditemui di perkarangan Pasar Siti Khatijah baru-baru ini.

Pendapatnya disokong oleh rakannya Mansor Saad, 71, dari Kampung Berek 12.

“Saya sudah 42 tahun mengayuh beca namun zaman dah berubah dan beca pun semakin cantik dihias. Beca berenjin pun ada, agar senang bergerak dan dilengkapi sistem audio yang canggih untuk menghibur pelanggan.

“Jumlah beca yang ada di sini 15 buah sahaja, dulu banyak,” katanya.

Walaupun bagaimanapun beca masih mempunyai tarikan dan peminatnya yang tersendiri.

Seorang penumpang beca Fakhzan Abdul Aziz, 43, dari Kampung Kutan, Pasir Mas, berkata beliau selalu menggunakan beca untuk melihat keindahan bandar Kota Bharu dari dekat.

“Saya kerap mengguna beca sebab rasa tenang dan santai melihat suasana kedamaian bandar, fikiran tak berkecamuk,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda