Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gotong-royong Eratkan Ukhuwah Sesama Umat

By 22 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Juraimi Ali (Muar)

MUAR, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat Kadi Daerah Muar dengan kerjasama Masjid As-Syikrin Bakri telah mengambil inisiatif mengadakan program ziarah pusara dan gotong-royong di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu, di sini semalam.

Aktiviti dimulakan dengan tahlil ringkas dan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Pegawai Dakwah Pejabat Kadi Daerah Muar Saiful Ariffin Mohd Sopah.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Kadi Asri Jaafar program ini bertujuan beramah mesra dengan masyarakat Bakri dan mengeratkan silaturahim di antara Pejabat Kadi bersama agensi kerajaan serta masyarakat.

“Dengan adanya program seperti ini, mudah-mudahan masyarakat sama-sama menguruskan tanah perkuburan.

“Selain itu, saya menggalakkan semua pihak supaya mengambil berat terhadap tanah perkuburan sama ada menziarahi, membersih dan juga menceriakan.

“Program seperti ini dapat meningkatkan budaya kerjasama saling tolong menolong, menjalinkan ukhuwah sesama umat Islam dan sebagai menjadikan kematian sebagai peringatan,” ujarnya.

Antara agensi yang terlibat adalah Majlis Perbandaran Muar, Maktab PDRM Bakri, Kem PGA Bakri, Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid As-Syakirin, Southern Volunteer, SWM Corp Environment, Jabatan Pendakwaan Syarie Daerah Muar dan Pejabat Penerangan Muar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda