Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

IOW Jasin Pergiat Hebahan Persediaan Banjir

By 2 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismael Idris/Nur Farhana Azman

JASIN, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Hujan berterusan di Negeri Melaka terutamanya di daerah Jasin mengakibatkan beberapa kawasan mencatatkan trend paras air sungai meningkat.

Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Metrologi Malaysia hujan berterusan diramalkan akan berlaku sehingga hari ini di beberapa negeri termasuk negeri ini.

Pejabat Penerangan Daerah Jasin mengambil langkah awal mempergiatkan hebahan mengenai banjir sebaik sahaja menerima amaran hujan berlarutan melebihi 24 jam.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Jasin Azreen Ahmad pihaknya melalui slot ‘Info On Wheels’ (IOW) melakukan hebahan mengenai persediaan sebelum banjir kepada penduduk yang tinggal di kawasan khas terdedah banjir.

“IOW hari ini (Rabu) telah bergerak ke beberapa lokasi yang berisiko banjir iaitu di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Asahan, Bemban, Rim, Merlimau dan Sungai Rambai,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda