Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kerajaan Bersetuju 17 Mac Hari Wanita Negara

By 17 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Zulaikha Mazlan

KOTA BHARU, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hajah Aiman Athirah Sabu, berkata semua wanita layak untuk diberikan pengiktirafan atas jasa-jasa yang telah mereka lakukan.

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk menetapkan 17 Mac sebagai tarikh Hari Wanita Negara dan ianya akan disambut setiap tahun bermula pada tahun ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa wanita mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama Islam.

“Terdapat satu surah khusus di dalam al-Quran yang menceritakan perihal wanita. Perlu diingatkan bahawa kaum lelaki jangan ada perasaan tercabar dengan kehadiran kaum wanita.

“Sebaliknya sehebat mana pun seorang lelaki tetap syurganya berada di bawah telapak kaki seorang wanita (ibu).

Beliau berkata demikian di Karnival Hari Wanita Antarabangsa (HAWA 2023) anjuran Persatuan Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan (PRIHATIN) di sebuah pusat membeli-belah di Tunjung, hari ini.

Pelbagai aktiviti yang menarik turut diadakan seperti perrtandingan gubahan kreatif, pameran agensi kerajaan, Jualan Rahmah dan sebagainya.

Pihak penganjur berharap melalui program ini, wanita di Kelantan akan dapat menyerlahkan potensi mereka dengan KASIH bagi memacu Malaysia Madani yang akan menjamin kesejahteraan semua.

-ZS-

Tinggalkan komen anda