Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Konvoi Raikan Ulang Tahun KKNP

By 2 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)/Kolej Komuniti Gerik Perak

GERIK, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Kolej Komuniti Negeri Perak (KKNP) meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-20 dengan acara konvoi bermotosikal, pagi tadi.

Pengerusi KKNP Meor M. Sharifuddin Meor Shukri berkata, program ini julung kali diadakan dan bertujuan mempromosikan serta memperkenalkan KKNP kepada rakyat negeri ini.

“Konvoi ini berlangsung selama dua hari dengan pelepasan bermula di Kolej Komuniti Bagan Serai dan akan tamat di Kolej Komuniti Bagan Datuk, esok.

“Peserta konvoi akan singgah di setiap KKNP sebagai simbolik mengeratkan silaturahim sesama kakitangan selain menjadi aktiviti riadah sihat bagi golongan muda yang sering menggunakan motosikal sebagai kegunaan harian, kerja dan aktiviti riadah,” katanya yang juga Pengarah Kolej Komuniti Chenderoh.

Tambah Meor M. Sharifuddin, program turun padang ini juga adalah usaha KKNP untuk menguar-uarkan kursus yang ditawarkan kepada masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda