
Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)
MERLIMAU, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 41 pelajar dari Program Diploma Pengurusan Acara Semester 4, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah menjayakan aktiviti penjanaan dana melalui program Pasar Pagi EVCREW, di sini semalam.
Program bertujuan melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang ini diketuai oleh Maisarah Mansor selaku Pensyarah Utama bagi kursus ‘Event Fundraising and Sponsorship’.
Menurut salah seorang pensyarah kursus ‘Event Fundraising and Sponsorship’ Siti Fathihah Che Khalib, objektif hasil pembelajaran kursus adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai pengurusan dana dan sumbangan dalam bidang pengurusan acara.
“Melalui program Pasar Pagi ini, pelajar dapat mempelajari ciri-ciri menjadi usahawan sekaligus membantu untuk menjana pendapatan,” ujarnya.
-ZS-