Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Alunan Ayat Suci Al-Quran Serikan Majlis Berbuka Puasa Raja DiHilir Perak

By 14 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amizan/Senaying Ahud (Hulu Perak)

GERIK, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Berbuka Puasa bersama Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah di Masjid Al-Falah, Kampung Bandariang Gerik, baru-baru ini diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Johan Tilawah al-Quran Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, Shaari Endro.

Penduduk, Aidil Fikri Mat Darus, 31, berkata Masjid Al-Falah yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Gerik ini berhampiran dengan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) yang menjadi antara destinasi jemaah yang bermusafir untuk singgah.

“Kesudian tuanku berbuka puasa bersama penduduk, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan  termasuk para musafir yang singgah ke masjid ini pastinya memberi satu kenangan indah dalam keberkatan bulan Ramadan ini,” katanya ditemu bual.

Lebih 400 orang hadir meraikan majlis berbuka puasa ini selain berkesempatan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah bersama tuanku.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usawahan Negeri Perak Salbiah Mohamed.

-ZS-

Tinggalkan komen anda