
Laporan/foto: Haziqah Nabilah/Mawarni Ismail (Kerian)
PARIT BUNTAR, 17 Apr (Malaysiaaktif) ā Penularan kes demam denggi yang kian meningkat membuatkan penduduk setempat di Taman Sri Tenggara di sini mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Gotong Royong Cari dan Musnah.
Usaha sama yang melibatkan beberapa pihak termasuk Pejabat Penghulu, Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jabatan Penerangan dan Masjid Taman Sri Tenggara ini bertujuanĀ memupuk kesedaran masyarakat setempat untuk melakukan pembersihan persekitaran rumah dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Kerian Hazrul Hamzah, program ini diharap dapat mendidik masyarakat dengan nilai tanggungjawab selaras dengan usaha mengawal, mencegah serta mementingkan kebersihan dalam menangani masalah pembiakan nyamuk Aedes di sekitar perumahan tersebut.
“Peningkatan kes demam denggi yang begitu mendadak di sekitar lokaliti ini mendorong kami untuk turun padang dan bekerja dengan lebih keras dalam memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai bahaya demam denggi,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.
-ZS-