
Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Gagu bakal mengadakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid baharu.
Masjid yang dahulunya mengalami pelbagai kerosakan kini sudah siap dibaiki dan berwajah baharu.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang juga pengasas dan pengerusi Yayasan Budi hadir di Majlis Berbuka Puasa Sempena Siap Masjid Gadang Kampung Gagu, di sini malam tadi.
“Saya berharap Hari Raya Aidilfitri tahun ini dapat memberikan perasaan yang gembira dan selesa kepada penduduk kampung dengan siapnya pembaikan masjid ini,” katanya.
Yayasan Budi yang berinfak untuk membaik pulih masjid tersebut turut menyampaikan penghargaan kepada penduduk kampung yang berkhidmat cemerlang dalam pembangunan sahsiah masyarakat.
-ZS-