
Laporan/foto: Mohd Ridhuan (Seberang Perai Utara)/ Norrul Hamshinar Kamaruddin (Putrajaya)
PONGSU SERIBU, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Kompleks Darul Hanan Pulau Pinang, di sini semalam.
Ketibaan baginda disambut oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah Mohd Nor, isteri kepada Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang bersama Puan Tan Lean Kee isteri Ketua Menteri Pulau Pinang.
Baginda turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pusat jagaan orang tua kerana menjaga warga emas tersebut tanpa rasa penat lelah.
Dalam titah perasmian baginda juga turut berasa bangga kerana pusat jagaan ini lengkap dengan semua fasiliti bagi kegunaan warga emas.
Majlis perasmian ini merupakan jelajah Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong bagi lawatan rasmi ke negeri Pulau Pinang selama tiga hari.
-ZS-