
Laporan/foto: Rose Rasidi/ Muhammad Arief (Cameron Highlands)
CAMERON HIGHLANDS, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Cameron Highlands yang juga merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menyantuni pengunjung Bazar Ramadan Tanah Rata melakukan edaran bubur lambuk kepada pengunjung yang hadir sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Cameron Highlands bersama Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands, baru-baru ini.
Kehadiran beliau menyantuni penduduk dipuji oleh masyarakat tempatan kerana walaupun sibuk dengan tugasan di Dewan Rakyat, namun tetap bersama mereka beramah mesra dan menyelami isu-isu semasa penduduk.
“Alhamdulillah kita dapat bersama-sama berkongsi rezeki sesama kita di bulan yang mulia ini,” ujarnya yang turut mengucapkan ucapan awal Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung yang hadir.
Tambah Datuk Ramli, program kerjasama antara agensi mengedarkan bubur lambuk bagi mengimarahkan bulan Ramadan amat baik dalam meningkatkan amal ibadat di bulan yang penuh keberkatan ini.
Selain itu, beliau berkata selain membeli juadah berbuka, pengunjung turut mendapat info semasa berkaitan Malaysia Madani di dalam Program JIWA ini.
Turut hadir, Pegawai Daerah Cameron Highlands
Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.
-ZS-