
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
ARAU, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Simpang Empat, dekat sini semalam.
Pada majlis tersebut Ahmad Zahid telah memberi sumbangan kepada 60 peserta kemahiran berupa Kit Peralatan Quick Win bagi membantu meningkatkan kemahiran hidup peserta.
“Dengan sumbangan Kit Peralatan bagi peserta Kursus Kemahiran Quick Win, kerajaan berharap ia akan dapat membantu untuk memulakan langkah menjadi usahawan dan seterusnya dapat memacu pembangunan ekonomi tempatan.
“Usaha ini sesungguhnya menepati hasrat kerajaan dalam memperkasakan wanita dalam bidang ini di pelbagai peringkat,” ujarnya.
Majlis tersebut merupakan siri kesembilan bagi jelajah Majlis Santunan Kasih Ramadan Tahun 2023 yang diadakan di seluruh negara.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Pahang Datuk Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Ketua Setiausaha Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Sri Ramlan Datuk Harun dan Ketua Pengarah KEMAS Tuan Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.
-ZS-