
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/KPDN Perlis
KANGAR, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Pengusaha industri makanan dan minuman yang menyajikan Menu Rahmah kini memberi pilihan baru kepada pelanggannya dengan memperkenalkan Menu Rahmah secara bufet.
“Hotel Putra Brasmana merupakan hotel yang pertama menawarkan Menu Bufet Breakfast (Sarapan Pagi) Rahmah di Malaysia,” ujar Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Hajah Fuziah Salleh.
Beliau menyatakan harga yang ditawarkan adalah pada harga RM10.60 dengan 12 pilihan menu yang ditawarkan dan ianya terbuka kepada semua pelanggan yang datang menikmati sarapan pagi di sini.
“Pihak Kerajaan juga mengucapkan terima kasih kepada 1,706 premis yang telah berdaftar di Direktori Menu Rahmah sehingga 9 Mei 2023,” ujar beliau sebelum mengakhiri perbualan ketika ditemui di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis pagi tadi.
-ZS-