
Laporan/foto: Hafizah Rahim (Terengganu)
KUALA NERUS, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 50 bakal guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail menghadiri taklimat isu Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Dewan Ungku Omar, di sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Keselamatan Negeri Firdaus Ismail, berkata anggota masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu menerapkan konsep pengurusan keselamatan berasaskan komuniti perlu dijaga bersama.
“Seluruh jentera kerajaan perlu digerakkan dengan sokongan dan peranan segenap lapisan masyarakat untuk memastikan Persekutuan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera,” katanya.
Pada program tersebut Firdaus Ismail menyampaikan taklimat berkisar isu keselamatan yang merangkumi sepuluh teras yang komprehensif manakala taklimat mengenai ‘scammer’ disampaikan oleh pegawai Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) Jabatan Penerangan Mohd Sani Ismail.
Turut hadir Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Tengku Nor Faizul Tengku Embong.
-ZS-