Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Lebih 2,000 Peluang Kerja di Mini Karnival Pusat Komuniti Intan Baiduri

By 13 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan sesuai dengan kelulusan dan kemahiran, dipelawa untuk berkunjung ke Mini Karnival Jom Kerja yang diadakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan pada setiap bulan di lokasi yang berlainan.

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO, Nurhanis Yusof, berkata lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan dalam Mini Karnival kali ini.

Menurutnya, Mini Karnival di Pusat Komuniti Intan Baiduri hari ini bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang disertai lebih 10 majikan berlainan industri.

“Pelbagai jawatan ditawarkan kepada orang ramai di pelbagai lokasi yang akan diadakan nanti. Mereka yang sedang mencari pekerjaan disaran untuk membawa resume masing-masing sebagai persediaan. Orang ramai juga boleh mendaftar melalui pautan https://myfuturejobs.gov.my/careerfair/

“Bagi memudahkan urusan semakan dan khidmat nasihat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga membuka reruai di Mini Karnival ini, katanya.

Vaishnari A/P Sivakuma, 24, graduan dari Universiti Malaysia Kelantan, berkata ini bukan pertama kali beliau menyertai Karnival Kerjaya dan berharap percubaan kali ini mendatangkan rezeki untuk beliau menjadi pensyarah di sebuah kolej dan mengubah nasib keluarga.

Cheong Yun Yen, 44, dari Pandan Indah, Cheras yang juga seorang (OKU) berharap program ini dapat diteruskan kerana ia memberi peluang kepada orang ramai mencari pekerjaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda