Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Lebih Ramai Sukarelawan Diperlukan Selepas Banjir

By 15 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Banjir kilat yang berlaku dua hari lalu di Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, di sini meninggalkan lumpur, sampah dan barangan yang tidak boleh digunakan lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad, berkata lebih ramai tenaga kerja diperlukan bagi memastikan kerja mengemas kediaman dan kawasan sekeliling dapat dilakukan dengan cepat.

“Hari ini (Rabu) lebih kurang 40 sukarelawan terdiri daripada pelajar-pelajar dan doktor perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengutip sampah-sampah daripada rumah penduduk dan membawa keluar sampah pukal di kawasan yang terjejas dengan banjir,” jelasnya.

Menurut Ketua Koordinator Briged Sukarelawan UKM Muhammad Izzuddin Mohd Yazri, banjir kilat yang berlaku susulan hujan lebat berterusan selama 4 jam itu telah meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk.

“Kami berharap dengan aktiviti gotong-royong pembersihan yang kami lakukan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban mangsa banjir,” katanya.

Tambahnya, doktor-doktor perubatan UKM juga melakukan rondaan dari rumah ke rumah dengan melaksanakan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk yang memerlukan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda