Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pengaruh Media Sosial kepada Para Pelajar

By 12 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

AYER MOLEK, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Penipuan (scammer) dan penipuan cinta (love scam) merupakan fokus utama yang diketengahkan melalui pendedahan kepada para pelajar dalam Taklimat Kenalan di Alam Maya/Terlebih Kongsi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Melaka di Kolej Profesional Mara (KPM) Ayer Molek, di sini baru-baru ini.

Menurut Penolong Pengarah SKMM Negeri Melaka Mohd Arif Haron, remaja kini mudah terpengaruh dan terpedaya dengan bahaya penipuan ekoran penggunaan media sosial yang terlalu meluas sehingga alpa dengan kemungkinan yang bakal berlaku.

“Istilah ‘approve’, ‘follow’ serta ‘direct message’ seakan menjadi satu arah aliran remaja kini yang mana segala maklumat seperti gambar peribadi dan lokasi keberadaan diletakkan di media sosial tersebut untuk dilihat secara umum.

“Melalui taklimat ini diharap dapat memberikan penjelasan yang padat dan terperinci kepada para pelajar serta golongan belia agar sentiasa berwaspada dengan segala perkongsian yang dilakukan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda