
Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/Muhd Hafizi (Jempol)
JEMPOL, 14 Jun (Malaysiaaktif) â Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.04 juta bagi pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam, di sini semalam.
âJumlah peruntukan yang diumumkan ini meliputi beberapa projek mega khusus untuk daerah ini antaranya pembinaan dataran berbumbung di Taman Meranti, menaik taraf bumbung dan kerja-kerja berkaitan di Rumah Pangsa Bahau Indah.
âSalah satu projek yang akan siap sepenuhnya pada tahun depan ialah pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di Felda Palong 6,â katanya dalam âProgram Sentuhan Kasih Sayang KPKTâ sewaktu lawatan kerja rasmi ke Jempol.
Nga turut meninjau Medan Niaga Bahau 2, Pasar Awam Bahau dan Dewan Kampung Baru Batu Bakar.
-ZS-