Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Tindakan Tegas Terhadap Sentimen 3R – Fahmi Fadzil

By 19 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Wan Muhammad Afiq Wan Mokhtar (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menyebarkan sebaran berbaur perkauman atau sentimen yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi Diraja (3R) pada Pilihan Raya Negeri ke-15 nanti.

“Kita tidak mahu demokrasi disalah guna atas dasar kebebasan bersuara oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab merosakkan sama ada keharmonian dan akidah rakyat Malaysia. Hentikanlah, saya beri peringatan dan amaran kepada semua, jangan sesekali membuat sebaran bersifat 3R.

“Jika kamu buat, maka bersedialah untuk berhadapan dengan pihak berkuasa dan undang-undang Malaysia,” tegasnya ketika ditemui pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Jom Digital@Lembah Pantai: Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital Dan Connectivity di Perumahan Pantai Permai, di sini semalam.

Menurutnya lagi, tidak timbul satu persepsi bahawa hanya individu-individu dari kumpulan tertentu sahaja yang ditahan atau disiasat.

“Tapi sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Keseksaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa bersifat pilih kasih,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini.

Pada masa yang sama, Akta Perlindungan dan Data Peribadi juga dilihat ada keperluan untuk dipinda kerana kebanyakan insiden scammer berlaku dengan maklumat yang dicuri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda