Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

JMKU Tawar Diskaun 20 Peratus Sempena 100 Tahun KAKIB

By 31 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Nazrie/Munir Aiman (Kinta)

IPOH , 31 Jul (Malaysiaktif) – Pengunjung Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, di sini tidak melepaskan peluang mendapatkan barang keperluan asas menerusi Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Karnival 100 Tahun penubuhan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB), pada Sabtu.

Program dengan kerjasama Koperasi Kakitangan Kerajaan Bangunan Persekutuan Ipoh Berhad (KOBAP) ini menawarkan diskaun jualan sehingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Menurut suri rumah Nurliyana Hamizan, 34, inisiatif Jualan MADANI ini bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

“Saya mengharapkan jualan sebegini dipergiatkan lagi dalam usaha membantu penjimatan kos sara hidup,” ujarnya.

Selain jualan, program turut dimeriahkan dengan aktiviti pertandingan mewarna, pertandingan karaoke, ceramah perdana dan pameran agensi kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda