Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kejuruteraan Ekologi Kurangkan Penggunaan Racun Perosak

By 25 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

SUNGAI RAMBAI, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Satu Plot Pembangunan Kejuruteraan Ekologi yang dibangunkan di Sawah Parit Penghulu, di sini dipilih sebagai projek perintis di negeri Melaka.

Tujuan program ini adalah untuk memberi galakan dan pendedahan pengurusan perosak secara bersepadu kepada petani dan pesawah melalui penggunaan amalan kultura, mekanisasi dan biologi sebagai pilihan utama bagi mengawal serta mengurus populasi perosak tanaman di bawah tahap ambang ekonomi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka Dr Muhamad Akhmal Saleh, kejuruteraan ekologi ini adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan penggunaan racun perosak melalui kaedah manipulasi habitat menggunakan amalan kultur tanaman berfaedah di sekitar sawah padi yang berfungsi sebagai tempat berlindung kepada sahabat ladang seperti pemangsa dan parasitoid.

“Ianya untuk mengawal populasi musuh tanaman iaitu serangga perosak seperti bena perang, ulat gulung daun dan ulat pengorek batang secara biologi dan mesra alam.

“Di bawah insentif ini, Jabatan Pertanian Negeri Melaka telah menyasarkan setiap daerah di negeri Melaka mempunyai satu Plot Pembangunan Kejuruteraan Ekologi dengan sasaran menanam 1,000 bunga berfaedah iaitu Bunga Turnera di setiap lokasi melalui Program Hands on Penanaman Bunga Turnera yang dijalankan di setiap daerah di mana kakitangan Jabatan Negeri Melaka akan bersama-sama petani menanam bunga tersebut.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pesawah dan Jabatan Pertanian Negeri Melaka kerana telah berjaya menanam 550 pokok bunga turnera di sawah parit penghulu ini,” ujarnya baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda