Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

MARDI Lancar Kelapa Hibrid Terbaru

By 17 Ogos 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)

BAGAN DATUK, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarkan empat jenis varieti kelapa hibrid terbaru dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan petani selain memastikan peningkatan pengeluaran kelapa terus rancak.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata varieti hibrid yang dinamakan Mylag, Marleca, Careca dan Careni disyorkan kepada petani dan pengusaha tanaman kelapa kerana varieti itu mampu menjana hasil yang tinggi dengan kapasiti pengeluaran melebihi 25,000 biji setahun.

Majlis Pelancaran Kelapa Hibrid MARDI yang berlangsung di Stesen MARDI Bagan Datuk baru-baru ini dilaksanakan bersekali dengan Hari Bertemu Pelanggan MARDI Perak dan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Mohd Zolkafly berkata jumlah penanaman kelapa di seluruh Perak adalah seluas 7,505 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 82 ribu tan metrik setahun dan daerah Bagan Datuk mempelopori penanaman kelapa di negeri ini dengan keluasan penanaman seluas 6,670 hektar yang menghasilkan pengeluaran hasil kelapa sebanyak 70 ribu tan metrik setahun.

“Saya menyokong usaha berterusan pihak MARDI dalam memberi khidmat nasihat kepada usahawan penanaman kelapa terutamanya dalam aspek pengurusan tanaman dan penyakit,” katanya ketika merasmikan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda