
Laporan/foto: Wan Izati/Siti Nur Hidayah (Kuala Kangsar)
KUALA KANGSAR, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Menara Pavilion yang terletak berhadapan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan bersebelahan Dewan Jubli Perak menjadi salah satu mercu tanda di daerah ini.
Reka bentuknya yang unik dalam keindahan tradisional menarik pandangan mereka yang melalui Jalan Tun Razak di bandar Kuala Kangsar.
Pengunjung, Ahmad Haikal Mohamad, 25, berkata Menara Pavillion memberi tumpuan kepada budaya dan warisan Kuala Kangsar serta menjadi titik tarikan untuk pelawat dan pelancong.
“Keindahan dan makna sejarah bangunan ini melengkapkan landskap Menara Pavilion sebagai pusat kehidupan sosial dan kultural dalam bandar ini. Selain itu, ia juga sering dijadikan sebagai tempat perhimpunan sosial dan acara komuniti setempat.
“Melalui landskap urbannya yang terancang dengan cermat, Menara Pavilion menjadi pusat kehidupan kota yang bersejarah berpandukan nilai warisan dengan aspirasi moden,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
-ZS-