Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Mohammad Fiza Johan Pemimpin Belia Lelaki Terbaik Negeri Melaka 2023

By 22 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azreen Ahmad

MELAKA, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Anugerah Perdana Belia Negara 2023 Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Sukan Masjid Tanah telah melabuhkan tirai semalam dengan Johan bagi kategori Individu Lelaki menjadi milik Mohammad Fiza Mohd Fuad.

Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000, piala dan sijil penghargaan.

Mohammad Fiza yang juga merupakan Setiausaha Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka melahirkan rasa bersyukur di atas anugerah yang diterimanya.

“Sangat bermakna bagi saya sepanjang penglibatan dengan dunia belia bermula dari tahun 2008.

“Saya berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada semua belia untuk bergerak lebih maju membangunkan belia di dalam Daerah Jasin,” ujarnya.

Bagi kategori Individu Wanita pula, Divinah Murugan dari Kelab Bell Belia Tamil (KBBT) Kesang Damai, Jasin telah berjaya mendapat Naib Johan dan membawa pulang RM1,500 dan piala.

Untuk rekod, daerah Jasin telah menyapu bersih semua kategori yang telah dipertandingkan bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2022.

Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2023 telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Adam Adli Abdul Halim dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, VP. Shanmugam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda