Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pemantapan Akidah Elak Perpecahan

By 22 Ogos 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Akidah merupakan pegangan dan kepercayaan seseorang dalam meniti kehidupan seharian. Ianya satu benteng bagi mengawasi dan menjaga akhlak dari terjerumus ke jalan kesesatan.

Pada hari ini umat lslam diancam penyelewengan akidah dan ketidakfahaman agama sehingga berlaku perpecahan.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Dato Lela Perkasa Haji Che Rahim Haji Jusoh, sekarang ini banyak pihak memperlekehkan dan mempersendakan kesucian agama lslam sehingga menimbukan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Pelbagai ajaran disebarkan sehingga umat lslam berpecah-belah.

”Jika kita nak menuntut ilmu, belajarlah daripada guru yang diiktiraf dan mempunyai pendidikan yang tinggi,“ katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Program Pemantapan Akidah Tahun 2023 yang bertemakan ‘Akidah Sejahtera Ummah Bahagia’, di sini semalam.

Sementara itu seorang peserta Nur Batrisya Dam Abdullah, 34, dari Kampung Bukit Panau, berkata beliau amat bersyukur dapat mengikut program ini.

“Alhamdulillah program ini menambah pengetahuan ilmu agama saya. Ini kerana sebagai saudara baru saya perlukan bimbingan dan tunjuk ajar agar saya yakin dengan lslam,” katanya.

Nur Batrisya atau nama asalnya Dam Thi Thuhiew, berasal dari negara Vietnam. Beliau yang memeluk agama Islam selama 11 tahun merupakan ibu kepada lima orang cahaya mata.

Seorang lagi peserta mualaf iaitu Norha Abdullah, 58, dari Kampung Banggol Kemunting menyatakan program ini amat baik dan Berjaya menambahkan keyakinan, kepercayaan terhadap kebenaran agama lslam.

“Sungguh baik sekali program ini, malah wajar dibuat selalu demi kemantapan akidah orang baru seperti saya,” katanya.

Seramai 120 orang mengikuti program yang terdiri daripada penjawat awam, guru agama dan golongan mualaf.

Program anjuran Bahagian Penyelidikan JAHEAIK dan Pejabat Agama jajahan Tanah Merah bertujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat di samping memberi penjelasan tentang isu-isu semasa berkaitan masalah umat lslam masa kini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda