Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Posmen Ejen Semai Semangat Cintakan Negara

By 5 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan /Nur Farizah Farnoh (Melaka Tengah)

MELAKA, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah telah menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Pos Negeri Melaka bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini dalam program Jalinan Insan Wahana Aspirasi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu di Pejabat Besar Pos Bukit Baru; di sini semalam.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Shahrom Ravindaram, berkata kita memilih penghantar surat yang saban hari mendekati masyarakat setempat sebagai ejen bagi menyemai semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan kediaman mahupun di premis masing-masing dengan memulakan memasang bendera Malaysia di kenderaan posmen.

“Program hari ini menjadi titik tolak dalam memupuk permuafakatan dan sifat perpaduan antara masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya dalam merealisasikan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2023 iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Turut hadir Pengurus Besar Pejabat Pos Melaka Fauzan Ariff; Pengurus Cawangan Pos Negeri Yusof Ali dan Pengurus Operasi Negeri Norlaila Jaafar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda