
Laporan/foto: Salehuddin Klewan/Saiful Zalizan (Hulu Langat)
KAJANG, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 250 penduduk terjejas akibat kejadian ribut yang melanda sekitar kawasan Beranang, di sini kelmarin.
Kejadian sekitar jam 6.30 petang itu telah mengakibatkan banyak rumah mengalami kerosakan.
Menurut Penghulu Mukim Beranang Samsudin Satar, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Surau Sesapan Batu Rembau untuk menempatkan 10 buah keluarga.
“Seorang penduduk dilaporkan cedera akibat dihempap dahan pokok namun dilaporkan stabil setelah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Beranang.
“Beberapa agensi kerajaan seperti polis, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bertindak pantas setelah menerima laporan kejadian,” katanya.
Seorang mangsa, Emiyanti Kaban, 50, memaklumkan kejadian berlaku secara tiba-tiba sekitar pukul 6.30 petang.
“Saya lihat angin kuat melanggar rumah jiran sebelum mengenai rumah saya sendiri,” katanya yang merupakan seorang suri rumah.
-ZS-