Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Inisiatif PERWAJA Perkenalkan Budaya Melalui Penganjuran Program

By 11 September 2023September 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Norfariza Farnoh (Melaka Tengah)

AYER MOLEK, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Persatuan Warisan Anak Jawa (PERWAJA) Paya Dalam mengambil langkah inisiatif dalam memperkenalkan budaya dan adat tradisi kepada umum melalui Program Jaringan Ketua Kampung Sekolah Melayu Bistari Selatan Thailand yang bertempat di Bangunan PERWAJA Paya Dalam, di sini baru-baru ini.

Pengerusi PERWAJA Hassan Tahir, berkata program ini merupakan timbal balik daripada rentetan kerjasama sebelum ini di mana pihaknya yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek Rahmad Mariman telah berkunjung ke Selatan Thailand dalam meraikan serta mengenal adat budaya masyarakat di sana.

“Menjadi tradisi Melayu terutamanya bagi komuniti Jawa apabila menerima kunjungan daripada pihak tertentu satu majlis sambutan harus diadakan bagi menyantuni tetamu yang hadir dalam pelbagai cara serta kaedah pelaksanaan yang telah dirancang bersama jawatankuasa.

“Kali ini pihak PERWAJA menggunakan pendekatan dengan memperkenalkan budaya Jawa melalui masakan nasi uduk atau nasi ambeng, permainan alat muzik jidur serta silat Melayu sebagai ucapan selamat datang kepada Delegasi Selatan Thailand ke Paya Dalam ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda