Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

LTdL 2023 : Bukit Mertajam Lokasi Peringkat Keempat

By 27 September 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/Ariza Mohd Zaki (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Seberang Perai, Jalan Betek, di sini telah dipilih sebagai lokasi pelepasan peringkat keempat jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 semalam dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, Ipoh dengan jarak perlumbaan sejauh 140.2 kilometer (km).

LTdL edisi ke-27 bertema ‘Beat the Heat’ membawa Kempen Bumi Hijau dan akan menanam lebih daripada 2,000 pokok di semua peringkat sebagai simbolik acara sebelum pelepasan,

Semua pemenang peringkat keempat turut menyerahkan anak-anak pokok kepada tetamu kehormat untuk ditanam di Taman Rimba Bukit Mertajam.

Seorang penyokong sukan tersebut Zalina Hassan, 49, yang ditemui, berkata beliau hadir untuk memberi sokongan kepada semua pelumba.

“Saya sangat teruja menyaksikan perlumbaan basikal bertaraf antarabangsa ini di Bukit Mertajam,” katanya.

Gerard Goh, 67, peminat lumba basikal turut melahirkan rasa bertuah kerana dapat melihat sendiri acara pelepasan walaupun terpaksa bersesak dengan pengunjung lain.

Pelepasan kayuhan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Padang Lalang Gooi Zi Sen.

Turut hadir ADUN Berapit Heng Lee Lee, ADUN Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohd. Zakuan Hj. Zakaria, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Kamarul Haizal Koderat dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Haji Ahmad Shapawi Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda