Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Masyarakat Perlu Dididik Tentang Kepentingan Tenaga Hijau

By 5 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lydia Humphery (Sarawak)

KUCHING 5 Sep (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu dididik tentang kepentingan tenaga hijau yang merupakan alternatif kepada sumber tenaga sedia ada yang digunakan sekarang.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, berkata masih ada masyarakat yang bersikap skeptikal mengenai penggunaan tenaga hijau.

“Hidrogen sebenarnya lebih ringan daripada udara dan oleh itu ia tidak menyebabkan pencemaran seperti bahan api lain yang mudah terbakar,” katanya dalam program Sidang Kemuncak Hijau dan Kelestarian Dunia 2023, di sini semalam.

Tambahnya, mengambil contoh penggunaan hidrogen pada Sistem Transit Aliran Autonomi (ART), penggunaan tenaga hijau mampu mengurangkan pengeluaran karbon ke udara.

Pada masa yang sama, beliau turut yakin tenaga hijau mampu mewujudkan pelaburan yang menarik sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda