Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

‘Mini Perbarisan’ Meriahkan Program Semarak Gemilang

By 16 September 2023September 18th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

KUANG, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Hampir 300 orang daripada 11 kontinjen menyertai perbarisan Program Semarak Gemilang sempena Sambutan Hari Malaysia di Kampung Setia, di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk di kampung berkenaan.

Ketua Kampung Setia, Jamaludin Wahab, 52, berkata beliau bangga dan terharu dengan sambutan penduduk kampung yang julung kali diadakan dianjurkan.

“Sebenarnya banyak lagi NGO yang menyatakan hasrat untuk menyertai perbarisan, namun kita tidak mampu tunaikan atas faktor kekangan tertentu.

“Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Selangor  yang memilih Kampung Setia untuk melaksanakan program ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JaPen Selangor, Normaizatul Akmal Tujad berkata, program Semarak Gemilang merupakan salah satu kempen kibar Jalur Gemilang dan meningkatkan rasa cinta kepada negara.

“JaPen Selangor diamanahkan melaksanakan tiga program Semarak Gemilang termasuk di Kampung Setia hari ini,” jelasnya.

Komuniti Orang Asli Hulu Kuang dinobatkan sebagai johan kontinjen terbaik, tempat kedua dimenangi Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dan Persatuan Bomba Sukarela Kuang di tempat ketiga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda