Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selawat Nabi Bergema di AU3

By 28 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh 10 kontinjen bergema sempena perarakan sambutan Maulidur Rasul di kejiranan AU3, di sini hari ini.

Perarakan yang disertai hampir 500 orang diketuai Nazir Masjid Al Khairiyah, Mohd Firdaus Ismail bermula pukul 7.30 pagi sejauh satu kilometer di Jalan AU3/7.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir terdiri daripada kanak-kanak hingga warga emas begitu bersemangat melaungkan selawat.

Pengerusi Komuniti Madani AU3 Roszilah Zainuddin, berkata sambutan berkenaan merupakan julung kali diadakan sejak 10 tahun lalu.

“Sambutan ini menunjukkan rasa kasih dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW serta menggamit syiar Islam dalam kalangan penduduk.

“Paling penting adalah persaudaraan antara penduduk dapat diperkukuhkan menerusi sambutan ini,” katanya.

Program disusuli ceramah khas oleh Ustaz Muhammad Nur Ubaidillah Ab Ghani bertajuk ‘Kami Mencintaimu Ya Rasulullah’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda