
Laporan/foto: Nor Syahirah Hashim/Norazura Abdul Latif (Petaling)
PETALING JAYA, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Semangat cintakan negara perlu dipupuk sejak bangku sekolah rendah lagi.
“Usaha ini perlu dipergiatkan di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan Cina agar mereka dapat menyelami makna kemerdekaan yang sebenar,” kata Ketua Bahagian Akademik Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Kumaran Subramaniam.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kami Anak Malaysia, Merdeka@Komuniti anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Petaling dan IPPTAR di SJK (T) Kinrara, di sini semalam.
Program diadakan sempena Bulan Kebangsaan 2023 itu turut diisi dengan aktiviti Pertandingan Pidato Kenegaraan Kinrara dan pertandingan mewarna dan melukis.
Pegawai Penerangan Daerah Petaling Ruddyansjah Mahtar Hams turut menyeru agar penglibatan semua kaum dalam menggelorakan Sambutan Bulan Kebangsaan harus disemarakkan lagi kerana Malaysia adalah milik semua kaum.
-ZS-