
Laporan/foto: Ali Imran Johari (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Senaman kesihatan yang diadakan oleh golongan veteran di kaki Bukit Tepuh menjadi salah satu aktiviti yang boleh mengeratkan perpaduan antara kaum.
Ketua Kumpulan Poco-Poco Maharani Nancy Seah, 64, ketika ditemui baru-baru ini, berkata beliau menubuhkan kumpulan ini bersama beberapa rakan yang mempunyai minat yang sama dengan objektif untuk menarik minat golongan veteran untuk mengisi masa lapang mereka.
“Kumpulan ini sudah tertubuh selama lima tahun dan mempunyai seramai 30 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina dan juga Melayu,” katanya.
Peserta aktiviti Namazah Nabijah, 67, berasa gembira dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Kumpulan Poco-Poco Maharani Kuala Nerus dapat mengisi masa lapang beliau dengan aktiviti yang berfaedah serta menyihatkan tubuh badan.
“Aktiviti seperti ini bukan sahaja bagus dan menyihatkan tubuh badan, ia juga memberi peluang kepada golongan berusia di sekitar Kuala Nerus untuk mengisi masa lapang mereka dengan pelbagai aktiviti,” katanya.
-ZS-