Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Warna-Warni Merdeka di Lipis

By 1 September 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azri/Muhammad Jamil

LIPIS, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis ceria dengan warna-warni kemeriahan meraikan sambutan kemerdekaan negara yang ke-66 pagi tadi.

Orang ramai yang terdiri dari berbilang kaum serta pelbagai peringkat usia membanjiri dataran berkenaan sejak awal pagi bagi menyaksikan sendiri perarakan kontinjen serta kereta berhias dari pelbagai agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan.

Salah seorang pengunjung Saadiah, 45, berkata saya cukup teruja dapat meraikan Hari Kebangsaan yang ke-66 pada pagi ini serta mengharapkan agar negara kita Malaysia terus aman dan maju jaya di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Diharapkan pada tahun akan datang sambutan sebegini yang cukup meriah dapat diadakan lagi,” ujar beliau.

Selain persembahan kemerdekaan, pelbagai reruai pameran turut disediakan antaranya oleh Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Daerah Lipis dan Open Universiti Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda