Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

100 Orang Asli Bertuah Terima Caruman PERKESO Percuma

By 9 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek/Maziah Ahmad Zaini (Alor Gajah)

MACHAP JAYA, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 100 Orang Asli di sini semalam menerima tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara percuma untuk setahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya Ngwee Hee Sem, berkata tajaan caruman SKSPS secara percuma diberikan kepada masyarakat Orang Asli memandangkan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka berisiko tinggi seperti memanjat pokok dan bumbung rumah.

“Sebagai seorang wakil rakyat saya perlu mengambil tanggungjawab untuk memastikan masyarakat Orang Asli boleh mendapat pampasan sekiranya berlaku sebarang kemalangan memandangkan telah berlaku beberapa kejadian yang meragut nyawa seperti jatuh dari pokok petai dan lemas dalam sungai ketika menangkap ikan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda