
Laporan/foto: Noor Adha Hashim (Melaka Tengah)
MELAKA, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 40 pengamal media sambilan di Negeri Melaka menerima tajaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Ngwe Hee Sem, berkata, program yang memasuki tahun kedua itu bertujuan menghargai media selain memberi perlindungan kepada mereka sepanjang membuat liputan berita.
“Caruman SKSPS tersebut melayakkan mereka menerima faedah iaitu kos perubatan, hilang upaya sementara dan hilang upaya kekal.
“Skim bernilai RM232 seorang selama setahun itu mendapat peruntukan sebanyak 80 peratus daripada Kementerian Kewangan, manakala baki bernilai RM46 pula merupakan sumbangan peribadi kepada pengamal media yang banyak berbakti tanpa mengira waktu,” katanya.
Satu majlis penyerahan nota perlindungan PERKESO kepada para penerima turut diadakan sempena Program PERKESO Mendekati Media bertempat di Grand Swiss Belhotel, di sini baru-baru ini.
-ZS-