
Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Bantuan Awal Persekolah (BAP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada perbentangan Belanjawan 2024 telah meringankan bebanan ibu bapa bagi menampung perbelanjaan persekolahan.
“Bantuan sebanyak RM150 bagi setiap murid itu adalah sangat bernilai bagi ibu bapa dengan keadaan ekonomi semasa yang kurang stabil dan bantuan ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan nanti,” jelas Nur Azrin Mustafa, 36.
“Dengan pendapatan saya sebagai peniaga kecil yang tidak konsisten ini, bantuan ini amatlah bermakna bagi menyara dua anak. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas bantuan yang diberikan ini,” katanya.
Bantuan RM150 setiap murid yang telah dibentangkan pada Belanjawan 2024 telah memperuntukkan dana sebanyak RM788,130,000 di mana ia akan diberikan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun bermula Januari tahun depan.
-ZS-