Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

COMBI Kampung Baru Ayer Kuning Raih Tempat Ketiga di Konvensyen MyChampion@KKM Kebangsaan

By 18 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhannis Idris (Batang Padang)/Siti Farkha

TAPAH, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Pasukan sukarelawan Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku atau Communication for Behavioural Impact (COMBI) Kampung Baru Ayer Kuning, Batang Padang berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori poster di Pertandingan Projek Inovasi Pencegahan Denggi sempena Konvensyen MyChampion@KKM Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Konvensyen selama tiga hari bermula 13 sehingga 15 Oktober itu disertai oleh semua COMBI seluruh negara.

COMBI Felcra Lubuk Sireh, Perlis dinobatkan sebagai johan dan naib johan pula disandang oleh COMBI Taman Aman 3, Lahad Datu, Sabah bagi kategori sama.

Manakala bagi kategori lisan, COMBI Taman Desaria, Seremban, Negeri Sembilan muncul juara, diikuti COMBI Kampung Cina Mak Dayang, Kemaman, Terengganu (kedua) dan COMBI Kebun Komuniti Garden 8, Gombak, Selangor (ketiga).

Menurut peserta Siti Farkha Mohd Panot, 36, kemenangan pasukan mereka menjadi kenangan yang amat manis kerana ini kali pertama COMBI Kampung Baru Ayer Kuning mewakili Perak ke peringkat kebangsaan seterusnya berjaya melakar kejayaan tempat ketiga.

“Perasaan pastinya sangat gembira kerana untuk sampai ke peringkat ini, banyak dugaan yang perlu kami lalui.

“Walau ada masa terbit perasaan ingin berputus asa, namun usaha tetap diteruskan dengan bantuan dan sokongan padu daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda